Sunday, April 7, 2013

My WXY Pujo...

Rasa mcm nk tulis pasal kete pulak, ye la dh dpt kete baru, bleh la nk tgk mcm mne terpilih kete ni.. maybe ade yg terbaca bleh la berkongsi ilmu nk buat pilihan kete..

Jadi ape yg menjadi kriteria pilihan aku adalah sedan import b'gear auto yg termurah cukup berkualiti,so proton tak termasuk la kan,bentuk,design dan keselesaan termasuk yg ok bg aku..

So, antara yg menjadi list adalah Hyundai Accent 2011, Nissan Almera, Peugeot 207 Sedan, Toyota Vios, dan Mazda 2 Sedan..biasenye klu search kt tenet slh satu dr kete ni dorg akan compare dengan Honda City jgk sbb 6 kereta ni termasuk size small family.. Yang aku compare kat cni 4 kete je, sbb Hyundai 2011 dh lama, n Honda City mahal sgt plg rendah harga dy +- RM 83k..so mmg diluar kemampuan gua la..


Nissan Almera 4 AT (1.5E)
Peugeot 207
Toyota Vios 1.5J (AT)
Mazda 2 Sedan V-Spec
Engine Displacement
1,498 cc (1.5)
1,597 cc (1.6)
1,497 cc (1.5)
1,498 cc (1.5)
Max Horse Power
102 ps (75 kW) @ 6,000 rpm
110 hp @ 5,000 rpm
109 ps (80 kW) @ 6,000 rpm
76 kW @ 6,000 rpm
Max Torque
139 Nm @ 4,000 rpm
147 Nm @ 4,000 rpm
141 Nm @ 4,000 rpm
135 Nm @ 4,000 rpm
Length
4,425 mm
4,235 mm
4,300 mm
4,263 mm
Width
1,695 mm
1,669 mm
1,700 mm
1,695 mm
Height
1,510 mm
1,447 mm
1,460 mm
1,483 mm
Wheelbase
2,600 mm
2,443 mm
2,550 mm
2,490 mm
Wheel Size
185/65 R15
185/60 R15
185/60 R15
185/55 R15
Boot Capacity
490 L
420 L
475 L
450 L
Full Tank Capacity
41 L
50 L
42 L
42.8 L
Fuel Consumption
14.9 km/L*
6.1 L/100 km (mixed cycle)**
14.3 km/L***
6.1 L/100km****
14.7km/L***
Maximum Speed

180 km/h (approximate)


Turning Radius
5.2 m
5.2 m
4.9 m

Price OTR
RM 69,813.50
RM 68,888.00
RM 77,313.50
RM 76,622.00*****

* Based on internal testing data
***** Without insurance (xjmpe cari yg with insurance)


Keputusannya.....


No. plat pun Cun kan..hehe

-Good Night-

Sunday, March 3, 2013

USAHA-USAHA MENUJU PELAMINAN!

Sesungguhnya, sangat indah ikatan suci antara dua insan yang pasrah untuk saling berjanji setia menemani mengayuh bahtera mengharungi lautan kehidupan. Dari ikatan suci ini, terbina keluarga bahagia, yang dipimpin oleh seorang suami yang soleh dan dimotori oleh seorang isteri yang solehah. Mereka memahami hak dan kewajipan mereka terhadap pasangannya, serta hak dan kewajipan mereka kepada Allah S.W.T. Kemudian lahir dari mereka berdua anak-anak yang tumbuh dalam dalam ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang pun tumbuh subur di dalamnya. Rahmat dan berkat Allah pun terlimpah kepada mereka. Inilah keluarga sakinah mawaddah warahmah. Inilah contoh keluarga yang pasti diidamkan oleh setiap muslim.

Tidak dinafikan bahawa untuk mencapai taraf keluarga yang demikian setiap orang harus melalui sebuah pintu, iaitu pernikahan. Usaha untuk meraih keluarga yang sakinah mawaddah warahmah ini haruslah dimulai ketika merancang sebuah pernikahan.

Mengurus Diri Untuk Mendapatkan Yang Terbaik

Secara umum terdapat 2 jenis manusia ketika ditanya : "Anda ingin menikah dengan orang soleh/solehah atau tidak?". Manusia jenis pertama menjawab,"Ya, mestilah aku nak", dan inilah muslim yang masih bersih fitrahnya. Dia tentu mendambakan seorang suami atau isteri yang taat kepada Allah, dia mendirikan solat dan menjalankan perintah-perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Dia menginginkan sosok yang soleh atau solehah. Justeru itu, jika orang yang termasuk manusia pertama ini agar mendapatkan pasangan yang soleh atau solehah, maka dia harus berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah juga. Allah berfirman :

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah An-Nur: Ayat 26

Iaitu dengan mengurus diri, berusaha untuk bertaubat dan meninggalkan segala maksiat yang dilakukannya kemudian menambah ketaatan kepada Allah S.W.T.

Manakala manusia jenis kedua menjawab,"Ah,aku taknak yang alim-alim" atau sewaktu dengannya. Inilah seorang muslim yang telah keluar dari fitrahnya yang bersih kerana sudah terlalu dalam terbelenggu dalam kemaksiatan sehingga dia melupakan Allah Ta'ala, melupakan akan datangnya hari akhirat, melupakan betapa beratnya seksaan api neraka. Yang ada dibenaknya hanya kebahagiaan dunia semata-mata dan enggan mencapai kebahagiaan akhirat. Kita bimbang orang-orang seperti inilah yang dikatakan Rasulullah S.A.W. sebagai orang yang enggan masuk syurga. 'Takkan taknak masuk Syurga kot??' Rasulullah S.A.W. bersabda,"Setiap ummatku akan masuk Syurga kecuali yang enggan." Sahabat bertanya,"Siapa yang enggan tu ya Rasulullah?" Baginda bersabda "yang taat kepadaku akan masuk syurga dan yang ingkar terhadapku maka dia enggan masuk syurga." (HR. Bukhari)

Seorang isteri atau suami adalah teman sejati dalam hidup dalam waktu yang sangat lama bahkan mungkin seumur hidupnya. Musibah apa yang lebih besar daripada seorang insan seumur hidup ditemani oleh orang yang gemar menderhakai Allah dan Rasul-Nya? Padahal Rasulullah S.A.W. bersabda,"Keadaan Agama seseorang insan tergantung pada keadaan agama teman dekatnya. Maka sudah sepatutnya kamu memperhatikan dengan siapa kamu berteman." (HR. Ahmad, Abu Daud, dihasankan oleh Al Albani.)

Bekali Diri Dengan Ilmu

Ilmu adalah bekalan penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam pernikahannya dan ingin membangun keluarga Islami yang sakinah mawaddah warahmah. Maksud ilmu disini adalah sudah pasti ilmu agama. Secara umum seseorang perlu membekali diri dengan ilmu-ilmu agama, minimum ilmu-ilmu agama yang wajib bagi setiap muslim. Seperti ilmu tentang aqidah yang benar, tentang tauhid, ilmu tentang syirik, tentang wudhu', tentang solat, tentang puasa, dan sebagainya, yang jika ilmu-ilmu wajib ini belum dikuasai maka seseorang dikatakan belum benar keislamannya. Lebih baik lagi jika membekali diri dengan ilmu agama lainnya seperti ilmu Hadith, tafsir Al-Quran, Feqah, kerana tidak dinafikan bahawa ilmu adalah jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Renungkanlah firman Allah S.W.T.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11

Secara khas, ilmu yang penting untuk menjadi bekal adalah ilmu tentang pernikahan. Cara pernikahan menurut syara', syarat-syarat pernikahan, jenis-jenis mahram, sunnah-sunnah dalam pernikahan, perkara-perkara yang perlu dihindari, dan lain-lain.

Sediakan Harta Dan Perancangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pernikahan memerlukan kemampuan dari segi harta. Minimum untuk dapat memenuhi beberapa kewajipan yang menyertainya, seperti mahar, mengadakan walimah dan kewajipan member nafkah kepada isteri serta anak-anak. Rasulullah S.A.W. bersabda "Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya" (HR. Ahmad, Abu Daud)

Namun keperluan harta ini JANGAN SAMPAI DIJADIKAN PERKARA UTAMA sehingga membuat seseorang tertunda atau terhalang untuk menikah kerana belum banyak harta. Harta yang dapat menegakkan tulang belakangnya dan keluarganya itu sudah mencukupi. Kerana Allah dan Rasul-Nya mengajarkan akhlak zuhud (sederhana) dan qana’ah (mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Allah) serta mencela pada yang menghambakan diri pada harta. Rasulullah S.A.W. bersabda,"celakalah hamba dinar, hamba dirham, celakalah hamba khamishah, dan celakalah hamba khamilah. Jika diberi dia gembira, tetapi jika tidak diberi dia marah." (HR. Bukhari)

Disamping itu, terdapat larangan bermewah-mewah dalam mahar dan terdapat teladan menyederhanakan walimah. Rasulullah S.A.W. bersabda,"pernikahan yang paling besar keberkatannya adalah yang paling mudah maharnya." (HR. Ahmad). Baginda juga bersabda, berdasarkan hadith Anas Bin Malik, ketika menikahi Zainab Binti Jahsy mengadakan walimah hanya dengan menyembelih seekor kambing. (HR. Bukhari-Muslim)

Selain itu, rumahtangga seperti sebuah organisasi, perlu dikelolakan dengan baik agar dapat berjalan lancar. Maka seseorang yang hendak menikah haruslah membuat perancangan yang matang bagi rumahtangganya kelak. Misalnya berkaitan dengan tempat tinggal, pekerjaan dan lain-lain.

Pilihlah Dengan Baik

Rasulullah S.A.W. bersabda,"3 perkara yang serius dianggap benar-benar serius dan main-main dianggap serius: nikah, cerai dan rujuk." (Diriwayatkan oleh Al-Arba'ah kecuali Nasa'i). Salah satunya kerana menikah ini mengikat seseorang untuk menjadi teman hidup tidak hanya untuk satu-dua hari sahaja, bahkan selama-lamanya insya-Allah. Jika demikian, salah satu kemuliaan syariat islam bahawa orang yang hendak menikah diperintahkan untuk berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih pasangan hidup.

Pilihan yang paling utama adalah agama yang baik. Setiap muslimin atau muslimat yang ingin beruntung dunia akhirat haruslah mengidam-idamkan sosok suami atau isteri yang baik agamanya, dia memahami aqidah Islam yang benar, dia mendirikan solat, sentiasa mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. menganjurkan memilih isteri yang baik agamanya,"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Bukhari-Muslim) Rasulullah juga mengecam orang yang menolak lamaran dari seorang lelaki soleh,"jika datang kepada kamu lelaki yang baik agamanya (untuk melamar),maka nikahilah dia. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah dan kerusakan besar di muka bumi." (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Solat Istikharah Agar Lebih Mantap

Sangat penting urusan memilih calon pasangan, membuat seseorang layak untuk bersungguh-sungguh dalam hal ini. Selain berusaha, ketentuan ada di tangan Allah S.W.T. Maka sepatutnya jangan meninggalkan doa kepada Allah Ta'ala agar dipilihkan calon pasangan yang baik.

Datangi Si Dia Untuk Merisik Dan Melamar

Setelah pilihan telah ditentukan, maka langkah selanjutnya adalah merisik. Merisik adalah memandang keadaan fisik wanita yang hendak dilamar, agar keadaan fisik tersebut dapat menjadi pertimbangan untuk melanjutkan melamar wanita tersebut atau tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda,"Jika salah seorang dari kamu meminang wanita, maka jika dia boleh melihat apa yang mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah." (HR. Abu Daud)

Namun dalam merisik disyaratkan beberapa hal, iaitu dilarang dilakukan dengan berdua-duaan tetapi ditemani oleh mahram dari wanita tersebut, kemudian dilarang melihat anggota tubuh yang diharamkan, namun hanya memandang sebatas yang dibolehkan seperti wajah, tapak tangan, atau tinggi badan.

Setelah bulat keputusannya, maka hendaklah lelaki yang menikah datang ke wali wanita untuk melamar. Islam tidak menentukan ritual atau majlis khas untuk melamar, namun inti dari melamar adalah meminta persetujuan wali dari sang wanita untuk menikahkan kedua calon pasangan. Oleh sebab itu, persetujuan wali dari calon wanita adalah wajib dan pernikahan tidak sah tanpanya. Rasulullah bersabda,'tidak sah suatu pernikahan kecuali dengan keberadaan wali' (HR. Tirmidzi)

Siapkan Mahar

Hal lain yang perlu disediakan adalah mahar, atau disebut juga mas kahwin. Mahar adalah pemberian seorang suami kepada isteri yang disebabkan pernikahan. Memberikan mahar dalam pernikahan adalah suatu kewajipan sebagaimana firman Allah Ta'ala

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah An-Nisa': Ayat 24

Dan hakikatnya mahar adalah 'hadiah' untuk sang isteri dan mahar merupakan hak isteri yang tidak boleh diambil. Dan terdapat anjuran dari Rasulullah S.A.W. untuk tidak terlalu berlebihan dalam mahar, agar pernikahannya mendapat berkat seperti yang sudah disebutkan sebelumnya.

Belum Sanggup Menikah?

Bagaimana usaha bagi yang sudah ingin menikah namun belum dimampukan oleh Allah Ta'ala? Allah S.A.W. berfirman

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendak mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An-Nur: Ayat 33

As Sa'di menjelaskan ayat ini dalam tafsirnya,"Iaitu menjaga diri dari yang haram dan menempuh segala sebab yang dapat menjauhkan diri keharaman, yaitu hal-hal yang dapat memalingkan gejolak hati terhadap hal yang haram berupa hal angan-angan yang dapat menjerumuskan dalam keharaman." (Tafsir Karimir Rahman As Sa'di)

Intinya, Allah Ta'ala memerintahkan orang yang belum mampu untuk menikah untuk bersabar sampai dia mampu kelak. Dan kerana dorongan untuk menikah sudah bergejolak mereka diperintahkan untuk menjaga diri agar gejolak tersebut tidak membawa mereka untuk melakukan hal-hal yang diharamkan.

Rasulullah S.A.W. juga menyarankan kepada orang yang belum mampu untuk menikah untuk banyak berpuasa, kerana puasa dapat menjadi benteng dari godaan untuk melakukan maksiat. (HR. Bukhari-Muslim)

Selama masih belum mampu untuk menikah hendaklah dia menyibukkan diri pada hal yang berfaedah. Kerana jika dia lengah sedikit sahaja dari hal yang bermanfaat, lubang kemaksiatan sedia menjerumuskannya, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil. Kemudian sentiasa berdoa agar Allah memberikan kemampuan untuk segera menikah.

Buletin Dar el-Iman Edisi 10/04.1434/03.13