Sunday, April 7, 2013

My WXY Pujo...

Rasa mcm nk tulis pasal kete pulak, ye la dh dpt kete baru, bleh la nk tgk mcm mne terpilih kete ni.. maybe ade yg terbaca bleh la berkongsi ilmu nk buat pilihan kete..

Jadi ape yg menjadi kriteria pilihan aku adalah sedan import b'gear auto yg termurah cukup berkualiti,so proton tak termasuk la kan,bentuk,design dan keselesaan termasuk yg ok bg aku..

So, antara yg menjadi list adalah Hyundai Accent 2011, Nissan Almera, Peugeot 207 Sedan, Toyota Vios, dan Mazda 2 Sedan..biasenye klu search kt tenet slh satu dr kete ni dorg akan compare dengan Honda City jgk sbb 6 kereta ni termasuk size small family.. Yang aku compare kat cni 4 kete je, sbb Hyundai 2011 dh lama, n Honda City mahal sgt plg rendah harga dy +- RM 83k..so mmg diluar kemampuan gua la..


Nissan Almera 4 AT (1.5E)
Peugeot 207
Toyota Vios 1.5J (AT)
Mazda 2 Sedan V-Spec
Engine Displacement
1,498 cc (1.5)
1,597 cc (1.6)
1,497 cc (1.5)
1,498 cc (1.5)
Max Horse Power
102 ps (75 kW) @ 6,000 rpm
110 hp @ 5,000 rpm
109 ps (80 kW) @ 6,000 rpm
76 kW @ 6,000 rpm
Max Torque
139 Nm @ 4,000 rpm
147 Nm @ 4,000 rpm
141 Nm @ 4,000 rpm
135 Nm @ 4,000 rpm
Length
4,425 mm
4,235 mm
4,300 mm
4,263 mm
Width
1,695 mm
1,669 mm
1,700 mm
1,695 mm
Height
1,510 mm
1,447 mm
1,460 mm
1,483 mm
Wheelbase
2,600 mm
2,443 mm
2,550 mm
2,490 mm
Wheel Size
185/65 R15
185/60 R15
185/60 R15
185/55 R15
Boot Capacity
490 L
420 L
475 L
450 L
Full Tank Capacity
41 L
50 L
42 L
42.8 L
Fuel Consumption
14.9 km/L*
6.1 L/100 km (mixed cycle)**
14.3 km/L***
6.1 L/100km****
14.7km/L***
Maximum Speed

180 km/h (approximate)


Turning Radius
5.2 m
5.2 m
4.9 m

Price OTR
RM 69,813.50
RM 68,888.00
RM 77,313.50
RM 76,622.00*****

* Based on internal testing data
***** Without insurance (xjmpe cari yg with insurance)


Keputusannya.....


No. plat pun Cun kan..hehe

-Good Night-

Sunday, March 3, 2013

USAHA-USAHA MENUJU PELAMINAN!

Sesungguhnya, sangat indah ikatan suci antara dua insan yang pasrah untuk saling berjanji setia menemani mengayuh bahtera mengharungi lautan kehidupan. Dari ikatan suci ini, terbina keluarga bahagia, yang dipimpin oleh seorang suami yang soleh dan dimotori oleh seorang isteri yang solehah. Mereka memahami hak dan kewajipan mereka terhadap pasangannya, serta hak dan kewajipan mereka kepada Allah S.W.T. Kemudian lahir dari mereka berdua anak-anak yang tumbuh dalam dalam ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Cinta dan kasih sayang pun tumbuh subur di dalamnya. Rahmat dan berkat Allah pun terlimpah kepada mereka. Inilah keluarga sakinah mawaddah warahmah. Inilah contoh keluarga yang pasti diidamkan oleh setiap muslim.

Tidak dinafikan bahawa untuk mencapai taraf keluarga yang demikian setiap orang harus melalui sebuah pintu, iaitu pernikahan. Usaha untuk meraih keluarga yang sakinah mawaddah warahmah ini haruslah dimulai ketika merancang sebuah pernikahan.

Mengurus Diri Untuk Mendapatkan Yang Terbaik

Secara umum terdapat 2 jenis manusia ketika ditanya : "Anda ingin menikah dengan orang soleh/solehah atau tidak?". Manusia jenis pertama menjawab,"Ya, mestilah aku nak", dan inilah muslim yang masih bersih fitrahnya. Dia tentu mendambakan seorang suami atau isteri yang taat kepada Allah, dia mendirikan solat dan menjalankan perintah-perintah Allah serta menjauhi segala larangan-Nya. Dia menginginkan sosok yang soleh atau solehah. Justeru itu, jika orang yang termasuk manusia pertama ini agar mendapatkan pasangan yang soleh atau solehah, maka dia harus berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah juga. Allah berfirman :

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah An-Nur: Ayat 26

Iaitu dengan mengurus diri, berusaha untuk bertaubat dan meninggalkan segala maksiat yang dilakukannya kemudian menambah ketaatan kepada Allah S.W.T.

Manakala manusia jenis kedua menjawab,"Ah,aku taknak yang alim-alim" atau sewaktu dengannya. Inilah seorang muslim yang telah keluar dari fitrahnya yang bersih kerana sudah terlalu dalam terbelenggu dalam kemaksiatan sehingga dia melupakan Allah Ta'ala, melupakan akan datangnya hari akhirat, melupakan betapa beratnya seksaan api neraka. Yang ada dibenaknya hanya kebahagiaan dunia semata-mata dan enggan mencapai kebahagiaan akhirat. Kita bimbang orang-orang seperti inilah yang dikatakan Rasulullah S.A.W. sebagai orang yang enggan masuk syurga. 'Takkan taknak masuk Syurga kot??' Rasulullah S.A.W. bersabda,"Setiap ummatku akan masuk Syurga kecuali yang enggan." Sahabat bertanya,"Siapa yang enggan tu ya Rasulullah?" Baginda bersabda "yang taat kepadaku akan masuk syurga dan yang ingkar terhadapku maka dia enggan masuk syurga." (HR. Bukhari)

Seorang isteri atau suami adalah teman sejati dalam hidup dalam waktu yang sangat lama bahkan mungkin seumur hidupnya. Musibah apa yang lebih besar daripada seorang insan seumur hidup ditemani oleh orang yang gemar menderhakai Allah dan Rasul-Nya? Padahal Rasulullah S.A.W. bersabda,"Keadaan Agama seseorang insan tergantung pada keadaan agama teman dekatnya. Maka sudah sepatutnya kamu memperhatikan dengan siapa kamu berteman." (HR. Ahmad, Abu Daud, dihasankan oleh Al Albani.)

Bekali Diri Dengan Ilmu

Ilmu adalah bekalan penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam pernikahannya dan ingin membangun keluarga Islami yang sakinah mawaddah warahmah. Maksud ilmu disini adalah sudah pasti ilmu agama. Secara umum seseorang perlu membekali diri dengan ilmu-ilmu agama, minimum ilmu-ilmu agama yang wajib bagi setiap muslim. Seperti ilmu tentang aqidah yang benar, tentang tauhid, ilmu tentang syirik, tentang wudhu', tentang solat, tentang puasa, dan sebagainya, yang jika ilmu-ilmu wajib ini belum dikuasai maka seseorang dikatakan belum benar keislamannya. Lebih baik lagi jika membekali diri dengan ilmu agama lainnya seperti ilmu Hadith, tafsir Al-Quran, Feqah, kerana tidak dinafikan bahawa ilmu adalah jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat. Renungkanlah firman Allah S.W.T.

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11

Secara khas, ilmu yang penting untuk menjadi bekal adalah ilmu tentang pernikahan. Cara pernikahan menurut syara', syarat-syarat pernikahan, jenis-jenis mahram, sunnah-sunnah dalam pernikahan, perkara-perkara yang perlu dihindari, dan lain-lain.

Sediakan Harta Dan Perancangan.

Tidak dapat dinafikan bahawa pernikahan memerlukan kemampuan dari segi harta. Minimum untuk dapat memenuhi beberapa kewajipan yang menyertainya, seperti mahar, mengadakan walimah dan kewajipan member nafkah kepada isteri serta anak-anak. Rasulullah S.A.W. bersabda "Cukuplah seseorang itu berdosa apabila dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya" (HR. Ahmad, Abu Daud)

Namun keperluan harta ini JANGAN SAMPAI DIJADIKAN PERKARA UTAMA sehingga membuat seseorang tertunda atau terhalang untuk menikah kerana belum banyak harta. Harta yang dapat menegakkan tulang belakangnya dan keluarganya itu sudah mencukupi. Kerana Allah dan Rasul-Nya mengajarkan akhlak zuhud (sederhana) dan qana’ah (mensyukuri apa yang dikurniakan oleh Allah) serta mencela pada yang menghambakan diri pada harta. Rasulullah S.A.W. bersabda,"celakalah hamba dinar, hamba dirham, celakalah hamba khamishah, dan celakalah hamba khamilah. Jika diberi dia gembira, tetapi jika tidak diberi dia marah." (HR. Bukhari)

Disamping itu, terdapat larangan bermewah-mewah dalam mahar dan terdapat teladan menyederhanakan walimah. Rasulullah S.A.W. bersabda,"pernikahan yang paling besar keberkatannya adalah yang paling mudah maharnya." (HR. Ahmad). Baginda juga bersabda, berdasarkan hadith Anas Bin Malik, ketika menikahi Zainab Binti Jahsy mengadakan walimah hanya dengan menyembelih seekor kambing. (HR. Bukhari-Muslim)

Selain itu, rumahtangga seperti sebuah organisasi, perlu dikelolakan dengan baik agar dapat berjalan lancar. Maka seseorang yang hendak menikah haruslah membuat perancangan yang matang bagi rumahtangganya kelak. Misalnya berkaitan dengan tempat tinggal, pekerjaan dan lain-lain.

Pilihlah Dengan Baik

Rasulullah S.A.W. bersabda,"3 perkara yang serius dianggap benar-benar serius dan main-main dianggap serius: nikah, cerai dan rujuk." (Diriwayatkan oleh Al-Arba'ah kecuali Nasa'i). Salah satunya kerana menikah ini mengikat seseorang untuk menjadi teman hidup tidak hanya untuk satu-dua hari sahaja, bahkan selama-lamanya insya-Allah. Jika demikian, salah satu kemuliaan syariat islam bahawa orang yang hendak menikah diperintahkan untuk berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih pasangan hidup.

Pilihan yang paling utama adalah agama yang baik. Setiap muslimin atau muslimat yang ingin beruntung dunia akhirat haruslah mengidam-idamkan sosok suami atau isteri yang baik agamanya, dia memahami aqidah Islam yang benar, dia mendirikan solat, sentiasa mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Sebagaimana Rasulullah S.A.W. menganjurkan memilih isteri yang baik agamanya,"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung." (HR. Bukhari-Muslim) Rasulullah juga mengecam orang yang menolak lamaran dari seorang lelaki soleh,"jika datang kepada kamu lelaki yang baik agamanya (untuk melamar),maka nikahilah dia. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah dan kerusakan besar di muka bumi." (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah)

Solat Istikharah Agar Lebih Mantap

Sangat penting urusan memilih calon pasangan, membuat seseorang layak untuk bersungguh-sungguh dalam hal ini. Selain berusaha, ketentuan ada di tangan Allah S.W.T. Maka sepatutnya jangan meninggalkan doa kepada Allah Ta'ala agar dipilihkan calon pasangan yang baik.

Datangi Si Dia Untuk Merisik Dan Melamar

Setelah pilihan telah ditentukan, maka langkah selanjutnya adalah merisik. Merisik adalah memandang keadaan fisik wanita yang hendak dilamar, agar keadaan fisik tersebut dapat menjadi pertimbangan untuk melanjutkan melamar wanita tersebut atau tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda,"Jika salah seorang dari kamu meminang wanita, maka jika dia boleh melihat apa yang mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah." (HR. Abu Daud)

Namun dalam merisik disyaratkan beberapa hal, iaitu dilarang dilakukan dengan berdua-duaan tetapi ditemani oleh mahram dari wanita tersebut, kemudian dilarang melihat anggota tubuh yang diharamkan, namun hanya memandang sebatas yang dibolehkan seperti wajah, tapak tangan, atau tinggi badan.

Setelah bulat keputusannya, maka hendaklah lelaki yang menikah datang ke wali wanita untuk melamar. Islam tidak menentukan ritual atau majlis khas untuk melamar, namun inti dari melamar adalah meminta persetujuan wali dari sang wanita untuk menikahkan kedua calon pasangan. Oleh sebab itu, persetujuan wali dari calon wanita adalah wajib dan pernikahan tidak sah tanpanya. Rasulullah bersabda,'tidak sah suatu pernikahan kecuali dengan keberadaan wali' (HR. Tirmidzi)

Siapkan Mahar

Hal lain yang perlu disediakan adalah mahar, atau disebut juga mas kahwin. Mahar adalah pemberian seorang suami kepada isteri yang disebabkan pernikahan. Memberikan mahar dalam pernikahan adalah suatu kewajipan sebagaimana firman Allah Ta'ala

Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Surah An-Nisa': Ayat 24

Dan hakikatnya mahar adalah 'hadiah' untuk sang isteri dan mahar merupakan hak isteri yang tidak boleh diambil. Dan terdapat anjuran dari Rasulullah S.A.W. untuk tidak terlalu berlebihan dalam mahar, agar pernikahannya mendapat berkat seperti yang sudah disebutkan sebelumnya.

Belum Sanggup Menikah?

Bagaimana usaha bagi yang sudah ingin menikah namun belum dimampukan oleh Allah Ta'ala? Allah S.A.W. berfirman

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendak mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah - sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka - Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An-Nur: Ayat 33

As Sa'di menjelaskan ayat ini dalam tafsirnya,"Iaitu menjaga diri dari yang haram dan menempuh segala sebab yang dapat menjauhkan diri keharaman, yaitu hal-hal yang dapat memalingkan gejolak hati terhadap hal yang haram berupa hal angan-angan yang dapat menjerumuskan dalam keharaman." (Tafsir Karimir Rahman As Sa'di)

Intinya, Allah Ta'ala memerintahkan orang yang belum mampu untuk menikah untuk bersabar sampai dia mampu kelak. Dan kerana dorongan untuk menikah sudah bergejolak mereka diperintahkan untuk menjaga diri agar gejolak tersebut tidak membawa mereka untuk melakukan hal-hal yang diharamkan.

Rasulullah S.A.W. juga menyarankan kepada orang yang belum mampu untuk menikah untuk banyak berpuasa, kerana puasa dapat menjadi benteng dari godaan untuk melakukan maksiat. (HR. Bukhari-Muslim)

Selama masih belum mampu untuk menikah hendaklah dia menyibukkan diri pada hal yang berfaedah. Kerana jika dia lengah sedikit sahaja dari hal yang bermanfaat, lubang kemaksiatan sedia menjerumuskannya, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil. Kemudian sentiasa berdoa agar Allah memberikan kemampuan untuk segera menikah.

Buletin Dar el-Iman Edisi 10/04.1434/03.13

Wednesday, May 9, 2012

KeJUJURan

Pada tahun ke-6 Hijrah, Abu Sufyan berniaga ke Syam. Di sana dia mendapat undangan khas dari Kaisar Heraclius untuk berbincang seputar sifat Nabi Muhammad SAW serta ajaran yang didakwahkannya.

Abu Sufyan yang pada waktu itu belum memeluk Islam serta masih memusuhi Islam dan kaum Muslimin, dengan tegas menjelaskan sifat dan akhlak mulia Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah sosok manusia yang jujur tanpa pernah sekalipun berdusta.

Nabi Muhammad SAW mengajak manusia untuk mengesakan Tuhan dan berbudi pekerti luhur. "Demi Allah, jika bukan kerana aku khawatir orang-orang akan menjuluki diriku sebagai seorang pendusta, nescaya aku akan berdusta tentang Muhammad." (Hadith Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW memang terkenal sebagai orang yang jujur dan berakhlak mulia. Sejak kecil baginda sudah menyandang julukan al-Amin yang bermaksud terpecaya. Abu Jahal yang selama hidupnya memusuhi Islam dan dan kaum Muslimin yang bahkan sempat mahu membunuh Rasulullah pernah mengatakan,"Kami tidak memdustakanmu, wahai Muhammad (kerana kami tahu bahawa engkau adalah orang yang jujur). Kami hanya mendustakan agama yang engkau dakwahkan."

Allah SWT berfirman;
 Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka mendustakanmu, tetapi orang-orang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)
(Surah Al-An’am, Ayat 33)

Suatu hari seorang sahabat bertanya pada Rasulullah SAW,"Apakah seorang mukmin akan berdusta?" Dengan tegas Rasulullah SAW menyatakan tidak. Kemudian baginda membaca ayat 105 surah An-Nahl;
 Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Dapat disimpulkan bahawa orang yang beriman, meyakini kewujudan Allah SWT dan pengetahuan-Nya atas semua amal perbuatan manusia. Seseorang yang berdusta menganggap bahawa Allah SWT tidak ada, atau menganggap Allah SWT ada tetapi tidak mengetahui kedustaan yang dilakukannya.

Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya kejujuran akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menghantarkan seseorang ke dalam syurga. Tidaklah seseorang selalu berkata jujur atau berusaha untuk selalu jujur, sehingga Allah mencatatnya sebagai orang yang jujur. Sebaliknya kedustaan akan membawa kederhakaan, dan kederhakaan akan menjerumuskan orang ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berdusta atau menutupi kedustaannya dengan kedustaan yang lain, kecuali Allah akan mencatatnya sebagai seorang pendusta." (Hadith Riwayat Muttafaq 'Alaih dan Ibnu Mas'ud).

Sumber : Andi Rahman, Mitra Ummat Edisi 273 thn VIII


Monday, May 7, 2012

HIKMAH SAKIT

Sakit adalah kondisi yang tiada siapapun yang menginginkannya. Setiap orang mesti ingin selalu sihat dan berupaya menjaga kesihatan. Namun, sakit kadang-kadang mesti diterima sebagai takdir dan dugaan. Setiap Muslim wajib percaya Allah SWT yang menurunkan penyakit, dan hanya Dia yang Maha Kuasa menyembuhkan.

Rasulullah SAW bersabda,"Berubatlah, Allah tidak mengadakan penyakit melainkan telah diadakan ubatnya, kecuali satu penyakit." Sahabat bertanya,"penyakit apa?" Dijawab,"Penyakit oleh usia tua." (Hadith Riwayat Ahmad)

Sakit yang menimpa manusia mengandungi hikmah di sisi Allah SWT. "Setiap dugaan apapun yang menimpa seorang Muslim, sampai sebuah tusukan duri, adalah kerana salah satu dari dua sebab, yakni kerana Allah hendak mengampuni kesalahannya yang tidak dapat diampuni melainkan dengan dugaan itu, atau Allah hendak memberi suatu kemuliaan yang tidak dapat dicapainya kecuali melalu dugaan itu." (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Islam mewajibkan berubat apabila sakit. Sementara seorang doktor diwajibkan mengubati pesakit. Segala penyakit yang diderita seseorang tetap ada harapan untuk sembuh tentunya dengan izin Allah SWT, kecuali penyakit kerana gejala umur yang disebut syaikhukhah dan sakit menjelang ajal.

Seorang pakar patologi terkemuka England, Christine Galpin mengatakan,"ilmu pengetahuan sangat sedikit mengetahui tentang ketuaan dan kematian." Demikian pula dengan Imam Al-Qurthubi dalam kitabnya Tazkirah Rahsia Kematian mengatakan,'kematian adalah kafarat bagi seorang Muslim.'

Dalam pengertian tersebut, sakit yang diderita seorang Muslim menjelang akhir hayatnya dapat dipandang sebagai tanda Maha Kasih Allah SWT. Diriwayatkan dari Abu Nu’aim bahawa Rasulullah SAW bersabda,"sesungguhnya seorang Mukmin yang melakukan kesalahan lalu diperberatkan (sakitnya) pada saat kematian, nescaya kesalahannya itu dihapuskan. Seorang kafir yang melakukan kebajikan, dipermudahkan kematian sebagai balasan kebajikan yang telah dilakukannya."

Menziarahi dan mendoakan orang sakit sangat dianjurkan dalam Islam. "Bila kalian berada dekat orang sakit atau baru meninggal dunia, ucapkanlah yang baik-baik, kerana sesungguhnya malaikat akan mengaminkan apapun yang kalian ucapkan ketika itu." (Hadith Riwayat Muslim)

Selanjutnya patut diperhatikan maksud hadith berikut,"janganlah salah seorang kalian meninggal dunia kecuali dalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber : M Fuad Nasar, Mitra Ummat, Edisi 272 thn VIII

Saturday, April 28, 2012

Menghiasi Hati Dengan Menangis

"Andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada didepan mata. Semuanya teramat kecil dibandingkan dengan balasan dan seksaan Allah SWT.
Menyedari bahawa dosa diri sendiri tidak akan terpikul di bahu orang lain.
Siapapun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di bahu orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke siapa yang melakukannya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am, ayat 164 :
 …Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itu sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan kepadanya.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun dapat yakin bahawa esok dia masih bisa beramal?
Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan?

Diantara keindahan iman dengan adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah SWT. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan sehelai kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan. Kita pandai kerana ibubapa kita menyekolahkan kita. Seperti itulah sunatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap ibubapa. Kekayaan yang kita peroleh dapat berasal dari warisan ibubapa atau kerana berkat lingkungan yang lagi-lagi Allah kirimkan untuk kita. Kita begitu fakir di hadapan Allah SWT.

Seperti itulah Allah SWT nyatakan dalam surah Fatir, ayat 15-17 :
 Wahai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

Mungkin pernah terangan-angan dalam fikiran kita bahawa sudah menjadi kemestian kalau Allah SWT akan memasukkan kita ke dalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri begitu telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. "Pasti, pasti saya akan masuk Syurga," begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat permandangan lain. bahawa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah merasa aman kalau mereka pasti masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 :
 Adakah patut kamu menyangka kamu dapt masuk syurga? Padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh ), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Apa yang dapat kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorangpun mempunyai hak istimewa kecuali dengan izin Allah SWT. Jangankan hak istimewa, pakaian dan pun tidak ada. Yang jelas dalam fikiran manusia pada waktu itu cuma dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang manusia.

 Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isteri serta anak-anaknya. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
 (Surah ‘Abasa, Ayat 34-37)

Mulailah terbayang pedihnya akan seksaan neraka jelas tergambar. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan kepedihan seksaan api neraka. Terus dan selamanya.

Seperti apa seksaan api neraka? Rasulullah SAW pernah menggambarkan sebuah contoh seksaan yang paling ringan,
"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat adalah seseorag yang dibawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorangpun yang lebih berat seksaannya daripada itu, padahal itu adalah seksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Belum waktunyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat;
 "Jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu."

Thursday, April 26, 2012

Beristighfarlah.....



Orang-orang yang beriman mendapatkan pertolongan Allah untuk dapat memenuhi panggilan Bilal di waktu pagi. Hati mereka tenang dengan berzikir kepada Allah SWT. Lidah mereka selalu basah dengan pujian kepada Allah SWT. Mata mereka memandang dengan cinta. Mereka menjual darah mereka kepada Allah SWT. Mereka menunggu saat berkorban untuk Allah SWT. Mereka murahkan harga diri mereka demi berkhidmat kepada Allah SWT. Semua kelelahan Allah SWT dijalan keredhaan Allah SWT adalah peristirahatan.  Berjaga di waktu malam untuk memperhambakan diri kepada-Nya adalah sebuah kesempatan yang sangat dirindukan. Semua kelaparan demi-Nya adalah ghanimah atau harta.

Jika engkau melihat hamba dunia berbangga dengan wangnya, lalu berkata dan berteriak seperti serigala lapar, bercerminlah pada dirimu. Bila engkau diseru oleh mereka yang mencibirmu kerana engkau berjaga dan beribadah di waktu malam. Jika engkau dipanggil oleh orang yang lalai dari waktu berdekatan bersama Allah. Jika engkau diseru oleh mereka yang berat melakukan ketaatan. Yang berpaling dari sembahyang berjemaah. Bercerminlah dirimu. Sesungguhnya kita mempunyai kebaikan lebih dari mereka. Kehidupan kita penuh dengan keseriusan , tapi kehidupan mereka hanya hanya gurau permainan. Mereka selalu berada di wilayah yang menggelisahkan. Sedangkan kita berada di wilayah yang tidak mengenal gelisah. Setiap kali kita akan tergelincir, ada yang memperingatkan kita,"Bertaubatlah…..bertaubatlah."



Pernahkah engkau mencium wangi nafas orang-orang yang bertaubat?
Pernahkah engkau mendengar ada air yang lebih nikmat dari air mata orang-orang yang menyesal melakukan dosa?
Pernahkah engkau melihat pakaian yang lebih indah dari pakaian orang yang ihram?
Pernahkah engkau melakukan sembahyang dua rakaat dan menangis kepada Allah?
Kehidupan tanpa ruku’ adalah kehancuran. Usia tanpa air adalah kerugian. Kini kebenaran telah tiba. Kafilahnya telah datang. Mari, naiklah bersama kami dalam perahu keselamatan. Segeralah dan cepatlah melangkah agar engkau selamat dati kehancuran. Sejak engkau bangun dari tidurmu, engkau sudah berada dalam pertarungan melawan syaitan. Engkau sudah dalam kondisi jibaku melawan teman-teman yang buruk di dunia. Engkau melawan nafsu. Engkau bergelut dengan keinginan dusta dan khayalan yang tak tentu arah.

Bukalah catatanmu setelah fajar. Aturlah waktu harimu. Peliharalah agar engkau berada di saf pertama kerana itulah rumus perjanjian dan komitmen. Hafallah ayat-ayat Al-Quran, dua ayat, tiga ayat, atau lebih kerana itu bukti kecintaan dan keinginan. Perbaharuilah taubat dan ISTIGHFAR kerana itulah pintu penerimaan dan masuknya kebaikan. Tuntutlah ilmu yang berguna dan menunjukimu pada amal soleh kerana itulah ciri kebahagiaan. Berilah sedekah kepada orang miskin. Lakukanlah solat dua rakaat di waktu sahur. Dua rakaat di waktu Dhuha. Berdoalah kepada yang Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Zuhudlah dalam menghadapi kehidupan yang fana. Berusahalah mencapai apa yang disisakan di akhirat. Allah SWT memerintahkan kita untuk BERISTIGHFAR setiap selesai melakukan amal soleh. Allah SWT berfirman kepada Rasulullah SAW menjelang akhir usianya;

 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan BERISTIGHFARLAH kepada-Nya, sesungguhnya Dia maha menerima taubat.
(Surah An-Nasr, Ayat 1-3)

Rambu-Rambu Jambatan Bagi Hati
Betapa besarnya keperluan pada jambatan yang dapat menyambung pertalian cinta diantara hati kita. Agar kita menjadi ummat yang satu. Umat yang tulus dalam tujuan, yang kuat dalam keinginan, yang tinggi dalam semangat.
Berikut ini beberapa rambu untuk mewujudkan jambatan yang sangat kita dambakan itu :
1.       Kita semua harus berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW. Dan kita harus mempunyai visi yang sama semuanya, yakni memenangkan agama Allah dan memelihara agama ini.
2.       Toleransi, memaafkan, mengampuni semua kesalahan yang muncul dari salah satu saudara atau sahabat kita.
3.       Menghormati kemampuan, menghargai keistimewaan, tidak meremehkan usaha pihak lain dan menutupi kondisi mereka.
4.       Menyamakan musuh dan sasaran aksi kita untuk memerangi para musuh Islam, yang membunuh para Nabi, yang merampas tempat-tempat suci dan siapa saja yang setia kepada mereka.
5.       Melihat ragam masalah dengan kaca mata Rabbani dan secara universal. Menghindari sudut pandang terhadap suatu masalah yang sempit dan terbatas, menjauhi perhatian pada hal-hal kecil dan remeh-temeh.
6.       Bekerja untuk Allah, bukan untuk peribadi, keluarga, keturunan. Tidak ada yang menjadi orientation kecuali Allah Yang Maha Satu.
7.       Melihat sisi baik, baik dari individu dalam komuniti kita, dan berusaha menutupi kekeliruan.
8.       Bertahkim kepada syariat ketika perselisihan. Merujuk pada dalil bila terjadi pertikaian. Membuang hawa nafsu, tipu daya dan menghindari memenangkan diri sendiri.
9.       Waspada dari kedengkian yang pernah terjadi di kalangan ahli kitab sebelum kita.
10.   Tidak usah menghiraukan orang yang berambisi untuk menjadikan dirinya duduk sebagai pemimpin, menghindari orang yang memperturutkan hawa nafsunya, dan menjadi hamba syaitan yang ada dalam dirinya. Orang seperti itu adalah orang yang lalai, berpura-pura dan tidak peduli.

Sumber : Mitra Ummat Edisi 271 thn VII