Wednesday, May 9, 2012

KeJUJURan

Pada tahun ke-6 Hijrah, Abu Sufyan berniaga ke Syam. Di sana dia mendapat undangan khas dari Kaisar Heraclius untuk berbincang seputar sifat Nabi Muhammad SAW serta ajaran yang didakwahkannya.

Abu Sufyan yang pada waktu itu belum memeluk Islam serta masih memusuhi Islam dan kaum Muslimin, dengan tegas menjelaskan sifat dan akhlak mulia Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW adalah sosok manusia yang jujur tanpa pernah sekalipun berdusta.

Nabi Muhammad SAW mengajak manusia untuk mengesakan Tuhan dan berbudi pekerti luhur. "Demi Allah, jika bukan kerana aku khawatir orang-orang akan menjuluki diriku sebagai seorang pendusta, nescaya aku akan berdusta tentang Muhammad." (Hadith Riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW memang terkenal sebagai orang yang jujur dan berakhlak mulia. Sejak kecil baginda sudah menyandang julukan al-Amin yang bermaksud terpecaya. Abu Jahal yang selama hidupnya memusuhi Islam dan dan kaum Muslimin yang bahkan sempat mahu membunuh Rasulullah pernah mengatakan,"Kami tidak memdustakanmu, wahai Muhammad (kerana kami tahu bahawa engkau adalah orang yang jujur). Kami hanya mendustakan agama yang engkau dakwahkan."

Allah SWT berfirman;
 Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka mendustakanmu, tetapi orang-orang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)
(Surah Al-An’am, Ayat 33)

Suatu hari seorang sahabat bertanya pada Rasulullah SAW,"Apakah seorang mukmin akan berdusta?" Dengan tegas Rasulullah SAW menyatakan tidak. Kemudian baginda membaca ayat 105 surah An-Nahl;
 Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Dapat disimpulkan bahawa orang yang beriman, meyakini kewujudan Allah SWT dan pengetahuan-Nya atas semua amal perbuatan manusia. Seseorang yang berdusta menganggap bahawa Allah SWT tidak ada, atau menganggap Allah SWT ada tetapi tidak mengetahui kedustaan yang dilakukannya.

Rasulullah SAW bersabda,"Sesungguhnya kejujuran akan membawa kebaikan, dan kebaikan akan menghantarkan seseorang ke dalam syurga. Tidaklah seseorang selalu berkata jujur atau berusaha untuk selalu jujur, sehingga Allah mencatatnya sebagai orang yang jujur. Sebaliknya kedustaan akan membawa kederhakaan, dan kederhakaan akan menjerumuskan orang ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berdusta atau menutupi kedustaannya dengan kedustaan yang lain, kecuali Allah akan mencatatnya sebagai seorang pendusta." (Hadith Riwayat Muttafaq 'Alaih dan Ibnu Mas'ud).

Sumber : Andi Rahman, Mitra Ummat Edisi 273 thn VIII


Monday, May 7, 2012

HIKMAH SAKIT

Sakit adalah kondisi yang tiada siapapun yang menginginkannya. Setiap orang mesti ingin selalu sihat dan berupaya menjaga kesihatan. Namun, sakit kadang-kadang mesti diterima sebagai takdir dan dugaan. Setiap Muslim wajib percaya Allah SWT yang menurunkan penyakit, dan hanya Dia yang Maha Kuasa menyembuhkan.

Rasulullah SAW bersabda,"Berubatlah, Allah tidak mengadakan penyakit melainkan telah diadakan ubatnya, kecuali satu penyakit." Sahabat bertanya,"penyakit apa?" Dijawab,"Penyakit oleh usia tua." (Hadith Riwayat Ahmad)

Sakit yang menimpa manusia mengandungi hikmah di sisi Allah SWT. "Setiap dugaan apapun yang menimpa seorang Muslim, sampai sebuah tusukan duri, adalah kerana salah satu dari dua sebab, yakni kerana Allah hendak mengampuni kesalahannya yang tidak dapat diampuni melainkan dengan dugaan itu, atau Allah hendak memberi suatu kemuliaan yang tidak dapat dicapainya kecuali melalu dugaan itu." (Hadith Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Islam mewajibkan berubat apabila sakit. Sementara seorang doktor diwajibkan mengubati pesakit. Segala penyakit yang diderita seseorang tetap ada harapan untuk sembuh tentunya dengan izin Allah SWT, kecuali penyakit kerana gejala umur yang disebut syaikhukhah dan sakit menjelang ajal.

Seorang pakar patologi terkemuka England, Christine Galpin mengatakan,"ilmu pengetahuan sangat sedikit mengetahui tentang ketuaan dan kematian." Demikian pula dengan Imam Al-Qurthubi dalam kitabnya Tazkirah Rahsia Kematian mengatakan,'kematian adalah kafarat bagi seorang Muslim.'

Dalam pengertian tersebut, sakit yang diderita seorang Muslim menjelang akhir hayatnya dapat dipandang sebagai tanda Maha Kasih Allah SWT. Diriwayatkan dari Abu Nu’aim bahawa Rasulullah SAW bersabda,"sesungguhnya seorang Mukmin yang melakukan kesalahan lalu diperberatkan (sakitnya) pada saat kematian, nescaya kesalahannya itu dihapuskan. Seorang kafir yang melakukan kebajikan, dipermudahkan kematian sebagai balasan kebajikan yang telah dilakukannya."

Menziarahi dan mendoakan orang sakit sangat dianjurkan dalam Islam. "Bila kalian berada dekat orang sakit atau baru meninggal dunia, ucapkanlah yang baik-baik, kerana sesungguhnya malaikat akan mengaminkan apapun yang kalian ucapkan ketika itu." (Hadith Riwayat Muslim)

Selanjutnya patut diperhatikan maksud hadith berikut,"janganlah salah seorang kalian meninggal dunia kecuali dalam keadaan sedang berbaik sangka kepada Allah." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber : M Fuad Nasar, Mitra Ummat, Edisi 272 thn VIII

Saturday, April 28, 2012

Menghiasi Hati Dengan Menangis

"Andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada didepan mata. Semuanya teramat kecil dibandingkan dengan balasan dan seksaan Allah SWT.
Menyedari bahawa dosa diri sendiri tidak akan terpikul di bahu orang lain.
Siapapun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di bahu orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke siapa yang melakukannya.

Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am, ayat 164 :
 …Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itu sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan kepadanya.

Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun dapat yakin bahawa esok dia masih bisa beramal?
Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan?

Diantara keindahan iman dengan adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah SWT. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan sehelai kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.

Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan. Kita pandai kerana ibubapa kita menyekolahkan kita. Seperti itulah sunatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap ibubapa. Kekayaan yang kita peroleh dapat berasal dari warisan ibubapa atau kerana berkat lingkungan yang lagi-lagi Allah kirimkan untuk kita. Kita begitu fakir di hadapan Allah SWT.

Seperti itulah Allah SWT nyatakan dalam surah Fatir, ayat 15-17 :
 Wahai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Jika Dia mahu, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu tidaklah sukar bagi Allah.

Mungkin pernah terangan-angan dalam fikiran kita bahawa sudah menjadi kemestian kalau Allah SWT akan memasukkan kita ke dalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri begitu telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. "Pasti, pasti saya akan masuk Syurga," begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.

Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat permandangan lain. bahawa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah merasa aman kalau mereka pasti masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.

Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 :
 Adakah patut kamu menyangka kamu dapt masuk syurga? Padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh ), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)

Apa yang dapat kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorangpun mempunyai hak istimewa kecuali dengan izin Allah SWT. Jangankan hak istimewa, pakaian dan pun tidak ada. Yang jelas dalam fikiran manusia pada waktu itu cuma dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang manusia.

 Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya. Dan ibunya serta bapanya. Dan isteri serta anak-anaknya. Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.
 (Surah ‘Abasa, Ayat 34-37)

Mulailah terbayang pedihnya akan seksaan neraka jelas tergambar. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan kepedihan seksaan api neraka. Terus dan selamanya.

Seperti apa seksaan api neraka? Rasulullah SAW pernah menggambarkan sebuah contoh seksaan yang paling ringan,
"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat adalah seseorag yang dibawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorangpun yang lebih berat seksaannya daripada itu, padahal itu adalah seksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Belum waktunyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat;
 "Jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu."

Thursday, April 26, 2012

Beristighfarlah.....



Orang-orang yang beriman mendapatkan pertolongan Allah untuk dapat memenuhi panggilan Bilal di waktu pagi. Hati mereka tenang dengan berzikir kepada Allah SWT. Lidah mereka selalu basah dengan pujian kepada Allah SWT. Mata mereka memandang dengan cinta. Mereka menjual darah mereka kepada Allah SWT. Mereka menunggu saat berkorban untuk Allah SWT. Mereka murahkan harga diri mereka demi berkhidmat kepada Allah SWT. Semua kelelahan Allah SWT dijalan keredhaan Allah SWT adalah peristirahatan.  Berjaga di waktu malam untuk memperhambakan diri kepada-Nya adalah sebuah kesempatan yang sangat dirindukan. Semua kelaparan demi-Nya adalah ghanimah atau harta.

Jika engkau melihat hamba dunia berbangga dengan wangnya, lalu berkata dan berteriak seperti serigala lapar, bercerminlah pada dirimu. Bila engkau diseru oleh mereka yang mencibirmu kerana engkau berjaga dan beribadah di waktu malam. Jika engkau dipanggil oleh orang yang lalai dari waktu berdekatan bersama Allah. Jika engkau diseru oleh mereka yang berat melakukan ketaatan. Yang berpaling dari sembahyang berjemaah. Bercerminlah dirimu. Sesungguhnya kita mempunyai kebaikan lebih dari mereka. Kehidupan kita penuh dengan keseriusan , tapi kehidupan mereka hanya hanya gurau permainan. Mereka selalu berada di wilayah yang menggelisahkan. Sedangkan kita berada di wilayah yang tidak mengenal gelisah. Setiap kali kita akan tergelincir, ada yang memperingatkan kita,"Bertaubatlah…..bertaubatlah."



Pernahkah engkau mencium wangi nafas orang-orang yang bertaubat?
Pernahkah engkau mendengar ada air yang lebih nikmat dari air mata orang-orang yang menyesal melakukan dosa?
Pernahkah engkau melihat pakaian yang lebih indah dari pakaian orang yang ihram?
Pernahkah engkau melakukan sembahyang dua rakaat dan menangis kepada Allah?
Kehidupan tanpa ruku’ adalah kehancuran. Usia tanpa air adalah kerugian. Kini kebenaran telah tiba. Kafilahnya telah datang. Mari, naiklah bersama kami dalam perahu keselamatan. Segeralah dan cepatlah melangkah agar engkau selamat dati kehancuran. Sejak engkau bangun dari tidurmu, engkau sudah berada dalam pertarungan melawan syaitan. Engkau sudah dalam kondisi jibaku melawan teman-teman yang buruk di dunia. Engkau melawan nafsu. Engkau bergelut dengan keinginan dusta dan khayalan yang tak tentu arah.

Bukalah catatanmu setelah fajar. Aturlah waktu harimu. Peliharalah agar engkau berada di saf pertama kerana itulah rumus perjanjian dan komitmen. Hafallah ayat-ayat Al-Quran, dua ayat, tiga ayat, atau lebih kerana itu bukti kecintaan dan keinginan. Perbaharuilah taubat dan ISTIGHFAR kerana itulah pintu penerimaan dan masuknya kebaikan. Tuntutlah ilmu yang berguna dan menunjukimu pada amal soleh kerana itulah ciri kebahagiaan. Berilah sedekah kepada orang miskin. Lakukanlah solat dua rakaat di waktu sahur. Dua rakaat di waktu Dhuha. Berdoalah kepada yang Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Zuhudlah dalam menghadapi kehidupan yang fana. Berusahalah mencapai apa yang disisakan di akhirat. Allah SWT memerintahkan kita untuk BERISTIGHFAR setiap selesai melakukan amal soleh. Allah SWT berfirman kepada Rasulullah SAW menjelang akhir usianya;

 Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan BERISTIGHFARLAH kepada-Nya, sesungguhnya Dia maha menerima taubat.
(Surah An-Nasr, Ayat 1-3)

Rambu-Rambu Jambatan Bagi Hati
Betapa besarnya keperluan pada jambatan yang dapat menyambung pertalian cinta diantara hati kita. Agar kita menjadi ummat yang satu. Umat yang tulus dalam tujuan, yang kuat dalam keinginan, yang tinggi dalam semangat.
Berikut ini beberapa rambu untuk mewujudkan jambatan yang sangat kita dambakan itu :
1.       Kita semua harus berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW. Dan kita harus mempunyai visi yang sama semuanya, yakni memenangkan agama Allah dan memelihara agama ini.
2.       Toleransi, memaafkan, mengampuni semua kesalahan yang muncul dari salah satu saudara atau sahabat kita.
3.       Menghormati kemampuan, menghargai keistimewaan, tidak meremehkan usaha pihak lain dan menutupi kondisi mereka.
4.       Menyamakan musuh dan sasaran aksi kita untuk memerangi para musuh Islam, yang membunuh para Nabi, yang merampas tempat-tempat suci dan siapa saja yang setia kepada mereka.
5.       Melihat ragam masalah dengan kaca mata Rabbani dan secara universal. Menghindari sudut pandang terhadap suatu masalah yang sempit dan terbatas, menjauhi perhatian pada hal-hal kecil dan remeh-temeh.
6.       Bekerja untuk Allah, bukan untuk peribadi, keluarga, keturunan. Tidak ada yang menjadi orientation kecuali Allah Yang Maha Satu.
7.       Melihat sisi baik, baik dari individu dalam komuniti kita, dan berusaha menutupi kekeliruan.
8.       Bertahkim kepada syariat ketika perselisihan. Merujuk pada dalil bila terjadi pertikaian. Membuang hawa nafsu, tipu daya dan menghindari memenangkan diri sendiri.
9.       Waspada dari kedengkian yang pernah terjadi di kalangan ahli kitab sebelum kita.
10.   Tidak usah menghiraukan orang yang berambisi untuk menjadikan dirinya duduk sebagai pemimpin, menghindari orang yang memperturutkan hawa nafsunya, dan menjadi hamba syaitan yang ada dalam dirinya. Orang seperti itu adalah orang yang lalai, berpura-pura dan tidak peduli.

Sumber : Mitra Ummat Edisi 271 thn VII

Wednesday, April 25, 2012

Tido..~ (Bukan Reloaded)


Jika kita rasa mengantuk, secara naluri mesti kita ingin memejamkan mata untuk tidur. Tidur merupakan keperluan jasmani dan rohani kita. Setelah bangun dari tidur, badan kita pasti terasa lebih segar. Itulah putaran kehidupan rutin kita iaitu mengantuk, tidur, bangun dan beraktiviti yang merupakan nikmat kurniaan Allah SWT. Suatu sunatullah yang telah dilekatkan pada penciptaan manusia.

Dan kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat (Surah An-Naba’, Ayat 9)

Allah (Yang Menguasai segala-galanya) Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa orang yang tidak mati: dalam masa TIDURnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya.) (Surah Az-Zumar, Ayat 42)

Mati dan tidur mempunyai persamaan. Jiwa orang yang mati dan jiwa orang yang tidur dipegang oleh Allah SWT. Betapa tidak berdayanya kita sewaktu tertidur nyenyak. Tidak ada bezanya dengan orang yang mati. Rasulullah SAW mengajarkan doa tidur :

 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda juga mengajarkan doa bangun tidur :
 (Hadis Riwayat Bukhari)

Doa di atas dengan izin Allah SWT akan membuat orang dalam penjagaan-Nya dan ingat akan kematian. Kematian dapat mendatangi kita bila-bila masa saja. Mungkin esok, mungkin lusa, atau mungkin juga pada waktu kita sedang menikmati tidur. Umur kita dan bagaimana kita mati adalah rahsia Allah SWT.

Kita harus selalu bersiap-siap setiap saat agar waktu maut menjemput, dalam keaadan husnul-khatimah.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun.) (Surah Az-Zariyat, Ayat 17-18)

Akhir malam adalah waktu yang sangat istimewa untuk bermunajat kepada Allah SWT. Sangat disayangkan jika kesempatan ini dilepaskan dengan tidur yang lelap berkepanjangan. Waktu yang sangat tepat untuk qiamullail dengan mendirikan sembahyang tahajud di keheningan malam dilanjutkan dengan tilawah Al-Quran sambil menunggu kedatangan Subuh.

Kita perlu berusaha agar dapat bangun di akhir malam. Menjelang tidur malam, kita niatkan mendirikan sembahyang tahajud semata-mata mencari keredhaan-Nya.

 Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padaNya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (Surah Al-Israa’, Ayat 79)

Sumber : Mitra Ummat Edisi 270 thn VIII 

Friday, April 20, 2012

WAKTU DHUHA


I swear by the early hours of the day. And the night when it covers with darkness. Your Lord has not forsaken you, nor has He become displeased. And surely what comes after is better for you than that which has gone before. And soon will your Lord give you so that you shall be pleased.

Demi Waktu Dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meningggalkanmu dan Dia tidak benci (kepdamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu dari permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati)
[Surah Ad-Dhuha, Ayat 1 – 5]

Waktu Dhuha adalah salah satu waktu yang ALLAH SWT menyebutkan dalam Al-Quran dan bersumpah tentang perkara tersebut. Dia tidak akan menyebut dan tidak pula dijadikan sumpah kecuali pasti mempunyai hikmah yang tersirat dibaliknya. Dhuha bermaksud permulaan siang atau awal terbitnya matahari. Ia juga diertikan sebagai waktu siang, lawan dengan kata malam.
Di dalam Al-Quran, ALLAH SWT menjelaskan bagaimana waktu siang yang semestinya digunakan untuk mengerjakan aktiviti yang produktif, sebagaimana firman-Nya;

And We made the day for seeking livelihood.
Dan Kami menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki.
[Surah An-Naba, Ayat 11]

        Nabi Muhammad SAW pernah mendoakan orang-orang seperti ini, "Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku di waktu pagi mereka." (HR At-Tirmidzi). Kenapa waktu pagi? Kerana ia menjadi awal dimana aktiviti sepanjang  siang akan kita mulai.

        Pada waktu siang, Nabi Muhammad SAW mengingatkan mereka agar tidak terlena dalam pekerjaan mereka sehari-hari, menyempatkan waktu untuk mengerjakan solat dhuha. Sahabat Rasulullah Abu Hurairah berkata,"Rasulullah SAW pernah memberikan wasiat 3 hal kepadaku, iaitu puasa 3 hari di pertengahan bulan (Hijrah), Solat Dhuha, dan Solat Witir sebelum tidur." (HR Bukhari dari Abu Hurairah).
        Allah SWT juga menjelaskan bagaimana waktu malam seharusnya digunakan untuk waktu beristirahat. Allah SWT berfirman;


He causes the dawn to break; and He has made the night for rest …..
Allah jualah yang menyingsingkan waktu Subuh (pagi) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat …..
[Surah Al-An’am, Ayat 96]

Begitulah Allah SWT mengarahkan manusia untuk memanfaatkan pertukaran waktu dengan baik dan tepat. Disisi lain, Dia mengingatkan manusia supaya tidak terlena dalam pekerjaan sepanjang waktu siang, dan terlarut lena dalam istirahat pada sepanjang waktu malam. Pada waktu malam hari, Allah SWT membangunkan mereka agar tidak terlarut dalam istirahat mereka.


And during  a part of the night, pray Tahajjud beyond what is incumbent you; maybe your Lord  will raise you to a position of great glory.
Dan bangunlah pada sebbahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang Tahajjud padaNya, sebagai tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
[Surah Al-Isra’, Ayat 79]

          Dari penjelasan diatas, Allah dan RasulNya ingin mengingatkan bahawa pekerjaan apapun yang dikerjakan manusia, disepanjang siang dan malam, seharusnya tidak mengaburkan kesedaran mereka terhadap Allah SWT. Dan sebaliknya, ibadah kepada Allah seharusnya tidak menghalangi mereka untuk bekerja.

Sumber : Mitra Ummat Edisi 268 thn VIII

Doa Selepas Solat Dhuha :