Assalamualaikum...
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya.
Kehidupan manusia di dunia yang sementara ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Sedar atau tidak, sebenarnya setiap yang berlaku keatas makhluk di muka bumi ini adalah dari Allah Swt Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sebagaimana dalam Surah al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud :
“Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali, manusia sering kali menyalahkan takdir. Hati mula berbisik dan mengeluh ”mengapa aku jadi begini?”, kenapa Tuhan uji aku dengan ujian yang berat sekali?” dan terjadi juga persoalan di hati kecil manusia sambil berkata ”Tuhan tidak adil..”. Bukankah ungkapan itu menunjukkan kita tidak menerima qadha dan qadar Tuhan. Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Percayalah, kita mampu menghadapinya sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dalam ayat yang lain"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.
Sebenarnya hakikat ujian dan musibah bukanlah sengaja ditimpakan Allah SWT kepada manusia. Disebalik ujian pasti ada hikmahnya. Ujian dan musibah yang datang adalah untuk melihat kesungguhan dan kesabaran seseorang. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu” (Surah Muhammad :31)
Ketika ujian melanda diri , kepada Allah jua lah tempat memohon dan mengharap. Semakin dekat padaNya jiwa akan bertambah tenang dan dapat menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129). Mukmin yang sejati tidak akan berputus asa daripada ujian dan musibah yang menimpa dirinya. Malah Allah menyuruh umat Islam bangun dan terus berusaha gigih sebagaimana Surah Yusuf ayat 12 yang bermaksud "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! USAH TEWAS DENGAN HASUTAN SYAITAN, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya SAHABAT kerana KITA TIDAK MUNGKIN BOLEH HIDUP BERSEORANGAN.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. APA YANG DITETAPKAN UNTUK KITA ITULAH YANG TERBAIK!
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah.
.
Fikir dengan POSITIF bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan PASTI ADA HIKMAH YANG TERSENDIRI.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)
-Lebih2 di bln puasa ni,mybe lbh berat dugaan2 berbanding bln2 yg lain..kpd sahabat2 yg baru terkena dugaan yg berat aku berharap korang dpt menghadapinya dengan kuat dan dpt mengatasi cubaan2 tu.. "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah al-Baqarah ayat 29- ..korg stress,percayalah,aku pn ikut stress,tension,klu benda ni berkepanjangan,aku rs aku bleh jatuh ke tahap depresi..mybe klu aku di tpt korg aku xmmpu/ssh utk menghadapi ujian2 itu..aku rs aku tidaklah sekuat korang..aku percaya korang pasti dpt menghadapi dgn baik..chaiyok sahabat2ku..mybe aku xdpt mmbntu korg scr keseluruhan,tp insyaALLAH aku akan berusaha utk membantu semampu mgkin yg aku mmpu-
~Wassalam~