Wednesday, September 15, 2010

Semangat !

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


mungkin itu adalah kata2 inspirasi setelah mengalami kegagalan..aku xtw knp mkin lme mkin rs kurg bersemangat..mungkin terlalu byk perkara yg ingin aku selesaikan scpt mgkn,tp disebabkan kelemahan2 dr diri aku sdiri mybbkan perkara2 tersebut tertangguh sehingga membebankan fikiran aku dan selalu memikirkan bila dpt menyelesaikan perkara tsbt serta smpai bila mende ni berkepanjangan..hu2 :-(


kdg2 aku rs mcm aku dh menjadi org yg gagal..tp kita kan xblh utk berfikiran camtu..
Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


Tidak ramai orang mampu menghadapi kegagalan, menerima kegagalan, sanggup mengambil risiko untuk gagal lebih-lebih lagi pula mampu untuk belajar daripada kegagalan. Majoriti manusia takut kepada kegagalan, hal itu membuatkan mereka berusaha untuk tidak gagal melalui cara yang paling mudah iaitu tidak mencuba.


Cara itu adalah salah.


aku taw cara itu adalah salah..tp aku xtw knp smpai skrg aku blm ade kekuatan utk menghadapi semua itu..




Bagaimana mampu menjadi redha ?
Allah befirman yang bermaksud : "Kami sungguh akan menguji kalian dengan rasa takut, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berilah khabar gembira bagi orang-orang yang sabar, yakni orang-orang yang bila ditimpa oleh musibah maka mereka berkata : ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’ (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itulah yang berhak mendapatkan salawat (keselamatan) dari Tuhan mereka dan rahmat dan merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk." (Al-Baqarah : 155-157)
Sedarilah bahawa orang yang selamat itu ialah mereka yang menyedari status mereka sebagai hamba.



Sungguh hanya mereka yang menyedari mereka milik tuhan mereka sahaja akan menyedari bahawa kita berhak diuji bila-bila masa.
Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11)
Redha akan terbit daripada diri kita dan dapat menerima apa sahaja ujian dan kegagalan apabila kita menyakini dan meletakkan diri kita di status hamba. Apabila kita menyedari bahawa segala-galanya sudah ditakdirkan dan kita telah berusaha dengan sehabis baik yang mungkin maka ketika itu apa sahaja yang berlaku ialah takdir dan ketetapan yang tiada dapat diubah.
Maka tugas kita ialah beriman, bertawakal dan redha sahaja dengan apa yang berlaku.



Sikap kita apabila menghadapi kegagalan ialah sentiasa berfikiran positif dan bersikap optimis bahawa kemungkinan kegagalan ini ialah satu peluang untuk diri kita. Ramai terlupa bahawa kegagalan itu seringkali menjadi peluang untuk membolehkan dirinya mencapai sesuatu yang lebih baik. Kegagalan itu berlaku sebagai takdir Allah untuk membolehkan dia diberi pilihan dan peluang untuk berusaha lebih baik untuk membolehkan dia menikmati dan mencapai sesuatu yang lebih baik.
Kegagalan ialah peluang
Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).



skrg sdh slsai cuti puasa dan raya slm aku di Malaysia.. sdh smpai wkt utk aku meneruskan slh satu perjuangan aku yg blm slsai,aku akn cbe trus bsmgt utk mghadpi dugaan2 yg akn dtg..
Ya Allah,aku hny hambamu yg lemah..aku hny mmpu mgadu kepdamu..smg segala urusan ku kedepan dipermudahakan,bgla aku kekuatan utk menghadapi ujian2mu ya Allah,smg perkara2 yg tertangguh/yg xdpt aku slsaikn dpt berjalan/akan diselesaikan dengan baik dan terbaik disisiMu..serta dpt mncapai impian2ku dan menjadi org yg berjaya didunia dan jg di akhirat..Amin~-InsyaALLAH-

No comments:

Post a Comment