"Andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Indahnya hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahawa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada didepan mata. Semuanya teramat kecil dibandingkan dengan balasan dan seksaan Allah SWT.
Menyedari bahawa dosa diri sendiri tidak akan terpikul di bahu orang lain.
Siapapun kita, jangan pernah berfikir bahawa dosa-dosa yang telah dilakukan akan terpikul di bahu orang lain. Siapa pun. Pemimpinkah, tokoh yang punya banyak pengikutkah, orang kayakah. Semua kebaikan dan keburukan akan kembali ke siapa yang melakukannya.
Maha Benar Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-An’am, ayat 164 :
Masihkah kita merasa aman dengan mutu diri seperti itu?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun mampu menjamin bahawa esok kita belum berpisah dengan dunia?
Belumkah tersedar kalau tak seorang pun dapat yakin bahawa esok dia masih bisa beramal?
Belumkah tersedar kalau kelak masing-masing kita sibuk mempertanggungjawabkan apa yang telah kita lakukan?
Diantara keindahan iman dengan adalah anugerah pemahaman bahawa kita begitu hina di hadapan Allah SWT. Saat itulah, seorang hamba menemukan jati diri yang sebenarnya. Dia datang ke dunia ini tanpa membawa apa-apa. Dan akan kembali dengan sehelai kain putih. Itu pun kerana jasa baik orang lain.
Apa yang kita dapatkan pun tak lebih dari anugerah Allah yang tersalur melalui lingkungan. Kita pandai kerana ibubapa kita menyekolahkan kita. Seperti itulah sunatullah yang menjadi kelaziman bagi setiap ibubapa. Kekayaan yang kita peroleh dapat berasal dari warisan ibubapa atau kerana berkat lingkungan yang lagi-lagi Allah kirimkan untuk kita. Kita begitu fakir di hadapan Allah SWT.
Seperti itulah Allah SWT nyatakan dalam surah Fatir, ayat 15-17 :
Mungkin pernah terangan-angan dalam fikiran kita bahawa sudah menjadi kemestian kalau Allah SWT akan memasukkan kita ke dalam Syurga. Fikiran itu mengalir lantaran merasa diri begitu telah begitu banyak beramal. Siang malam, tak henti-hentinya kita menunaikan ibadah. "Pasti, pasti saya akan masuk Syurga," begitulah keyakinan diri itu muncul kerana melihat amal diri sudah lebih dari cukup.
Namun, ketika perbandingan nilai dilayangkan jauh ke generasi sahabat Rasul, kita akan melihat permandangan lain. bahawa, para generasi sekaliber sahabat pun tidak pernah merasa aman kalau mereka pasti masuk Syurga. Dan seperti itulah dasar pijakan mereka ketika ada order-order baru yang diperintahkan Rasulullah.
Begitulah Allah menggambarkan mereka dalam surah Al-Baqarah, ayat 214 :
Apa yang dapat kita bayangkan ketika suatu ketika semua manusia berkumpul dalam tempat luas yang tak seorangpun mempunyai hak istimewa kecuali dengan izin Allah SWT. Jangankan hak istimewa, pakaian dan pun tidak ada. Yang jelas dalam fikiran manusia pada waktu itu cuma dua pilihan: syurga atau neraka. Di dua tempat itulah pilihan akhir nasib seorang manusia.
(Surah ‘Abasa, Ayat 34-37)
Mulailah terbayang pedihnya akan seksaan neraka jelas tergambar. Kematian di dunia cuma sekali. Sementara, di neraka orang tidak pernah mati. Selamanya merasakan kepedihan seksaan api neraka. Terus dan selamanya.
Seperti apa seksaan api neraka? Rasulullah SAW pernah menggambarkan sebuah contoh seksaan yang paling ringan,
"Sesungguhnya seringan-ringan seksaan penghuni neraka pada hari kiamat adalah seseorag yang dibawah kedua tumitnya diletakkan dua bara api yang dapat mendidihkan otaknya. Sedangkan dia berpendapat bahawa tidak ada seorangpun yang lebih berat seksaannya daripada itu, padahal itu adalah seksaan yang paling ringan bagi penghuni neraka."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Belum waktunyakah kita menangis di hadapan Allah. Atau jangan-jangan hati kita sudah teramat keras untuk tersentuh dengan kekuasaan Allah yang teramat jelas di hadapan kita.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat;
"Jika seorang hamba Allah tidak lagi mudah menangis kerana takut dengan kekuasaan Allah, justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu."

Sumber : Mitra Ummat Edisi 271 thn VII
ReplyDelete